Friday, 16 May 2014

Perempuan ingin di dampingi ewah!




Ya allah sudah 6 bulan tidak update like seriously?! *sebelah mata terbeliak, sebelah lagi tutup* tak sangka sudah 1/2 tahun tidak mengarang blog. Rasa macam baru semalam jer update blog uols.

Eh aku memang bangang ni kalau aku mengarang blog internet start buat hal. (merupakan salah satu faktor blog tak pernah update.)

Macam biasa, aku kalau update blog mesti pasal cinta. Rasa macam peluah cinta jer k joke. Aku terbaca satu statement yg mengatakan bahawa 'Perempuan Ingin di Dampingi'. Terus sejarah cinta monyet aku belegar di fikiran hahaha rasa bersalah uols. Sebab, aku paling benci kalau tak kena layan. Terhingin sangat teriak depan dia and cakap mcm ni, 'hey you know what? lelaki takkan pernah faham perasaan perempuan,faham?!'. Hah, lebih kurang macam tu la. Kalau panjang sikit, kira bonus lah hihihi.

Okay macam ni la ya buat lelaki di luar sana. Kami perempuan ni bukan mahu minta puji or minta perhatian sampai ganggu jadual kamu yang sangat padat itu. Biasalah, kamu ni kan spesies yang busy dengan game, dgn kawan, dgn apa lagi ek? Ok whatever lah yg penting dont chu ever say yg perempuan ni menyusahkan ok. Tamaw tau! *buat muka azwan ali* Kami boleh faham dengan kesibukan kamu yang tahap gaban tu, tapi janganlah sampai lupakan org di sini ni. Em di sini *tunjuk hati*. Tapi ada juga spesies lelaki ckp mcm ni 'saya sudah layan dia nek, tapi dia yang nak perhatian yang lebih'. Amboi siap mengadu dengan nenek nampak! Alah biasalah perempuan kalau minta perhatian lebih, maksudnya dia sayang awak lebih-lebih lettew! Apalah salahnya kalau layan dia sekejap hm. Antara ayat-ayat yang pernah diutarakan oleh kaum lelaki mengenai tajuk di atas ialah:


  1.  Awak nak apa ni? Saya dah korbankan segala-galanya untuk awak. Dah luangkan masa bersama awak. Tapi boleh tak awak biarkan saya luangkan masa sekejap je bersama kawan?!
  2. Cubalah belajar berdikari sikit. Buat kerja sendiri so saya pun boleh buat kerja saya dgn tenang.
  3. 'Dia ni tak boleh dibagi muka sangat. Nanti orang kata aku terkejar-kejar dgn dia sampai semua masa aku bersama dia je' *ckp dlam hati*
  4. Awak faham la kesibukan saya ni. Game ni hobi saya.
  5. Walaupun saya tak pedulikan awak, tapi awak tetap di hati saya selama-lamanya!!! <33

Ewah ayat yg last tu best kan? Kalau lah lelaki cakap mcm tu tepat time perempuan moody, wah konfom cair! Cuma perempuan je ego nak mengaku dia sudah melting wuhuuu. Alah senang je pujuk perempuan. Perempuan ni kan hati lembut *kenyit mata* Tapi perempuan pun bukan main hebat kalau bab cinta ni. So diorang pun ada reason mengapa terkadang mereka tu mengongkong hidup lelaki smpai lelaki nak bergerak pun susah. Hihi.


  1. Dia takut awak curang.
  2. Dia takut awak bosan.
  3. Dia inginkan kasih sayang yg mcam awak pernah kasi time kamu dibuai cinta dulu.
  4. Dia sedih tengok awak berubah sebab dulu bukan main sms 24 jam. Sekarang nak angkat tangan menaip pun punyah payah! Isk isk isk.
  5. Perempuan suka meluahkan perasaan dengan orang yang dia sayang.
  6. Perempuan suka meluangkan masa dengan orang dia sayang.

Hah itulah antara-antara ayat yg pernah di dengar. Kalau nak taip semua memang takkan habis hihi. So, macam mana nak selesaikan kes ni? Jangan main-main tau. Banyak pasangan di luar sana putus di sebabkan kes ni je. Kes kecil tapi kesan dia besar. Bagi pendapat saya lah kan, pasangan mesti saling memahami. Berfikiran matang and bukan ikut kepala sendiri. Sebab tu lah, jgn terburu-buru cari pasangan. Kadang-kadang kita harus terima hakikat tidak semua punca keretakan hubungan di sebabkan orang ketiga je, tapi di sebabkan kurang persefahaman. Masing-masing tepuk dada tanya selera. Kalau masih mahukan hubungan tu, then try to solve it ewah wah wah!

  • Plan jadual masing-masing. Time bila boleh luangkan masa untuk begayut dan time bila masing-masing buat kerja masing-masing. Hah kau fkir jadual cinta takda? Haha.
  • Kalau si awek mahu ber-sms apalah salahnya kalau layan and taip skit kan? Sebab lambat laun perempuan akan terharu dgn pengorbanan awak, dan dari situ dia boleh faham awak. Ni tak, orang minta sms pun, dia marah tak tentu pasal. Siapa nak faham?
  • Cuba lah usahakan sikit luangkan masa bersama. Ni bukan untuk sapa, tapi untuk hubungan uols juga.
  • Bila sudah luangkan masa, layan dengan baik. Try buat pasangan masing2 happy, insyaallah hubungan di jamin aman bro!

So, selamat mencuba!