Wednesday, 12 December 2012

Keputusan Penilaian Menengah Rendah.


Assalamualaikum. So kaifahulaka bloggers? Hihi. Kebelakangan ni saya asyik fikir pasal result Penilain Menengah Rendah yg lebih dikenali sebagai PMR. Tak lama lagi result keluar dan kami batch 97 sangat huru-hara sbb tahun ni result PMR keluar awal sikit. Hahahaha serius 3 huruf ni mcm huruf yg seram. Takutnya. Okey saya mengaku sebelum PMR tu saya tak study bgus-bgus, main-main dgn kwn sekelas, gelak sana gelak sini ya Allah. Bahang PMR tu saya tak rasa dan tak peduli pun. Sebulan seblum PMR tu baru tergopah-gapah nak study. Malangnya time tu kertas dari Sekolah SBP belambak. So how can I study kan? Time tu sptutnya digunakan untuk test kemahiran sudah. Sejauh mana saya boleh target. Okey masa sebulan tu lah baru saya study bgus2, lewat tidur dan study tgah malam. Nasib baik tak sakit time nak jawab Peperiksaan tu. Perasaan menyesal tersangat lah ada. Sehari sblum PMR tu lagi lah teruk. Tak cukup tidur langsung -.- But I try my best masa jawab soalan PMR. So saya harap dapat apa yg saya target. Aminnn. Tapi saya mengaku, saya tak study dgn gigih. Asyik menghadap lappy. 

Em okey saya nak cerita kisah time saya nak jawab paper science. Okey paper science tu kan ada 2 bahagian, so bahagian pertama tu ada satu kertas kosong. Punyalah menyusahkan kertas kosong tu. Saya fikir kertas tu dah habis. Rupanya masih ada section B di belakang. So saya pun jalan-jalan dekat tndas. Tapi tu lah, saya pun heran juga kenapa kawan saya yg lain belum siap. Tapi saya tak peduli. Then pengawas peperiksaan pun ckp 'Okey you have 15 minutes left. Please make sure you already answer all of the question'. So saya dengan muka selambe gila, check-check and check. Tara... saya buka ja kertas kosong tu.. Ya Allah ada soalan belum di jawab!!!! Then tengok jam tinggal 10 minit lagi. Gilerrr apa. Bahagian B tu soalan dia lagi bnyk and lagi susah dari bahagian A okayy. Lain nak lukis graf lagi. Memang time tu tangan terketar-ketar and hati pun begetar. Aiseh hahaha tapi serius rasa nak nangis ja time tu. Dalam fikiran, 'gagal lah aku.. gagal lah aku..' huh saya dah cuba tarik nafas banyak kali nak rileks kan hati tapi tetap gemuruh. So saya bwt cepat2. Ugh okey. Lepas ambik paper Science saya dah give up. Seriously give up -_-

Okey sampai sini saja lah. Btw doakan saya dapat result yg cemerlang untuk PMR nanti. Apa-apa pun, doakan saya untuk berjaya dalam hidup. Semoga hasrat hendak study di London tercapai. Amin.

No comments:

Post a Comment

Lots of love from me.