Friday, 13 December 2013

Cinta Monyet.

Sudah 2 bulan tidak update, tiba-tiba keluar tajuk "Cinta Monyet". Hahahaha gelabah uols. Entah la. Tengah duduk-duduk depan komputer, tweet macam-macam, tiba-tiba pulak terus  terfikir pasal cinta monyet. Hahahaha. Orang kata cinta monyet ni cinta time kecik/remaja. Alah masa kita naif lagi. Hahahaha dan cinta ni konfom tidak kekal. Ish. Hahaha. Bagi aku pulak cinta monyet ni comel apa. Bila kita besar nanti, kenang balik, then mesti ketawa. Hahaha come on la, you only live once. Enjoy ar sikit. Hehehe. Tapi bila fikir balik, zaman sekarang budak dia bukan cinta monyet dah pun, cinta sampai ke hujung nyawa gitu. Hahahaha. Bagi aku lah kan, cinta monyet ni masa kita belum matang lagi dan belum terfikir hendak menikah dengan dia ka and so on. Means, saja untuk suka-suka ataupun memang suka dengan orang tu. Haha apa aku merepek ni. Ahhh motif aku tulis blog saja mahu flashback cinta monyet aku. Hahaha. Aku ni bukan lah budak baik sangat pun time kecik. Paling malas belajar. Yang aku tahu, tengok sinetron and tidak sabar mahu jadi remaja. Lagi satu, aku paling senang la jatuh cinta pandang pertama. Hahahaha gedik kan. Tapi aku akan lupa dia esok. Kiranya jatuh cinta dalam masa sehari saja la. Hehehehe. Kartun semua tu aku tak suka tengok. Aku cuma tak sabar mahu jadi remaja. Begaya sana sini. Berlagak matang lah pokoknya. Hahahaha tapi satu aku belum ubah masa tu, kalau bangun saja dari tidur, mesti panggil arwah ibu. Takut dia jalan tinggalkan aku. Hehe. Aku paling tak suka ditinggalkan sendiri. Lepas tu mesti ibu jawab dengan malas. Hahaha. Tapi masa darjah5 ibu meninggal, so aku tak boleh buat begitu sudah :'). Hm rasa mahu menangis lahhh. I miss you mum. I really do.....

Disebabkan gaya aku yang berlagak matang itu mula lah bercinta monyet senyap-senyap. Mesti senyap okey. Kalau family tahuhabislah. Huh, what do you expect? Haha. Bnyk juga lah watak cinta monyet aku ni. Ada 6 lah begitu. Hahaha anak betuah kan. Pernah sekali kedapatan oleh kakak, kena buang sim pergi laut uols. Berderai air mata. Hahahaha. Tapi sekejap je. Lepas tu aku lupa lelaki tu. Hahahaha ini lah cinta monyet. Kita bukan sayang betul dengan dia pun. Aku rasa lah kan cinta monyet ni wujud sebab sudah sifat semulajadi remaja mahu cuba sesuatu yg baru and di sayang-sayang. Hahahaha. Tapi buat kids di luar sana, kalau boleh elakkan la. Sebab cinta monyet sekarang sudah lain. Macam matang sudah. Alah pandai-pandai lah korang. Kang aku salah cakap lain jadinya. 

Secara jujurnya menyesal juga bercinta monyet ni. Adalah rasa menyesal skit. Sebab tak dengar cakap orang tua kan. Diorang just mahu kita belajar sungguh-sungguh and I know diorang cuma takut kita lebih-lebih. Lagi satu menyesal lah sebab tidak manfaatkan zaman kecik. Aku suka sangat tengok kakak-kakak yang sudah besar. Macam cantik jer. Then mula lah melamun jadi remaja. Tapi aku pun ada lah juga main getah, main congkak and so on. Tapi aku paling suka main lompat-lompat and lari-lari. Champion tau. Apa nama permainan tu aku pun lupa. Asal balik rumah mesti keringat habis. Hahahaha. Rindu lah zaman kecik.

Tapi bila kenangkan zaman cinta monyet time aku kecik dulu, fuyooo hebat juga. Main hantar-hantar surat. Siap tulis biodata lagi tahu. Hahahaha kau ada? Kalau bolehhh, surat tu di letak ribbon lagi. Hahaha sekarang budak-budak guna Wechat jer. Hahaha lagi upgrade. Isk. Tapi malu juga tau kalau flashback. Mesti rasa 'apasal bodoh sangat kau ni ima. patut lah upsr dulu dapat 2a jer' hahahahaha k. Sangat tabik lah dengan orang yang tidak pernah bercinta dari kecik sampai form5. Mesti kenangan diorang lag best gila. Kan. Hehehe apa-apa pun, dalam hidup ni jangan sedih-sedih. Kita ada keluarga and kawan *nasihat untuk diri sendiri*. Okay bye. Ada jodoh jumpa lagi! :D

No comments:

Post a Comment

Lots of love from me.